Search This Blog

Sunday, 18 November 2018

PERANCANG KELUARGA

Pendahuluan :

Anak itu memang kurnian rezeki dari Tuhan. Kehadirannya sentiasa akan dinanti-nantikan setiap pasangan suami isteri. Tapi, pasangan juga wajib tahu cara mencegah kehamilan.
Bukan apa, kehamilan yang terlalu rapat boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan masalah kekeluargaan. Bahkan, ada yang sampai menjadi punca keruntuhan rumah tangga dan ketegangan dalam keluarga!

Jadi, seelok-eloknya, pasangan suami isteri bijak merancang dan tahu cara mencegah kehamilan demi kestabilan dan kekuatan psikologi keluarga. 
Tapi perlu diingat, kadang-kadang, kita hanya mampu berikhtiar, Tuhan juga yang menentukan segala-galanya.


Definisi Perancang Keluarga











https://image.slidesharecdn.com/perancangkeluargaberisiko2-140501222107-phpapp02/95/perancang-keluarga-berisiko-2-2-638.jpg?cb=1398990021



Kenapa Perlu Merancang Keluarga??

·        Supaya anak mendapat kasih sayang yang cukup & pemakanan yang sihat termasuk susu ibu.
·        Ibu sudah bersedia untuk hamil dari segi kesihatan, mental & sosial
·        Suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kemampuannya & mengukuhkan ekonomi keluarga.
·        Setiap ahli keluarga mendapat kasih sayang & perhatian yang mencukupi termasuk suami.

Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita hamil :
·         Berumur diantara 20 dan 35 tahun
·         Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun lalu atau mempunyai masalah perubatan yang terkawal & optima
·         Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
·         Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor di atas tidak dipenuhi. Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga berkesan.

No comments:

Post a Comment